Cerita kita : PRU14

[Sekadar catatan peribadi.]

“Aku rasa Pakatan Harapan boleh menang,” Itu rasa hati yang saya simpan di pagi hari mengundi..tak pernah saya katakan hatta pada ayah sekalipun.

Begini, saya selalu mengikuti arus politik tempatan, cuma saya jarang mengambil initiatif untuk lontarkan pendapat politik, saya agak berkecuali dalam soal politik tempatan tetapi lebih mengfokuskan kepada hal politik antarabangsa. Mengapa? Saya tidak gemarkan politik perkauman yang dipelopori oleh Barisan Nasional dan parti-parti komponennya. Kedua, saya generasi yang tidak percaya bahawa Malaysia ini memerlukan politik yang sebegitu.

Ini berbalik pada sejarah mengapa ianya terjadi dan yang tertanam di dalam generasi sebelumku. Penjajahan British yang mengubah struktur ekonomi dan demografik setiap kaum di Malaysia.

Saya dibesarkan dengan pengetahuan politik kerana ayahku. Cerita-cerita politik itu madah perbualan yang sering meniti dibibir ayah; kadangkala bosan juga, tapi layankan..kerana analisisnya boleh dipakai. Rakan cerita politikku.

Sebelum penamaan calon, saya sudah lantang menyuarakan kritikan saya di twitter dan instastory. Tak tahu mengapa kali ini lain macam lantang saya terutamanya di Twitter hingga pernah diserang cycbertrooper BN hanya kerana saya secara kasual menyatakan keraguan saya dalam isu 1MDB, umum mengetahu isunya agak kompleks, namun saya diserang secara bertalu dengan dua akaun melalui beberapa counter-tweet  yang lantas menyentuh isu Forex. Apa masalah entah orang cakap pasal 1MDB dia cakap pasal kes Forex.. hello follow the context please. (akaun tersebut dah tak aktif selepas 9 Mei.) Sejak itu, saya lebih berhati-hati dalam ulasan/kritikan. Namun, masih lantang bertempat.

Pagi 9 Mei 2018,  kali kedua mahu mengundi. Kali ini dipindahkan ke Parlimen Damansara dari Selayang, DUN Taman Templer ke Bukit Lanjan. Jika di’instagram’, kecoh juga saya meng’insta story’ dari saat saya mengetahui kawasan saya antara yang terlibat dalam persempadanan semula. Tidak masuk akal kelompok kawasan Taman Perumahan yang bersebelahan tetapi berlainan DUN, yang majoritinya Cina dimasukkan ke Bukit Lanjan (Taman Bidara, Taman Selayang Utama, Taman Selayang Jaya), sekelilingnya Bukit Idaman Taman Selayang Pandang masih di DUN Taman Templer. Pihak SPR mengakui bahawa pesempadanan ini adalah berdasarkan kumpulan etnik. Umum mengetahui banyak bantahan yang difailkan namun menurut laporan kebanyakannya tidak mememihak kepada yang membangkang.

DUN saya ditandingi Elizabeth Wong (PKR), dan Parlimen Tony Pua (DAP), itu sahaja calon yang penting bagiku. Lain tak payahlah tengok. Rancangan yang asalnya mahu mengundi disebelah petang dicepatkan ke awal pagi, disebabkan ada dua pengundi kali pertama di rumahku. Aiman dan Aimyr. Ibuku tidak mahu menghampakan semangat kedua-duanya, maka terpaksalah bersiap awal pagi mengundi di Sekolah Kebangsaan Selayang Utama. Keluar rumah dari Rawang belum sempat di jalan utama, “WOW!” tak pernah sesak sampai ke dalam taman perumahanku. Rupanya bagaikan ular barisan yang mengundi di sekolah berdekatan. Ini betul panjang..kerna ini juga kali pertama aku melihat pengundi-pengundi di Rawang. Semangat di awal pagi, harus dipuji! Agak sesak menuju ke Selayang.. hampir 40 minit sesak.

Sampai di pusat mengundi, terus ke Saluran 6, saya melihat rupa-rupa yang sangat dikenali dikawasan Selayang Utama. Jiran lama, kawan lama, kawan sekolah semuanya ada..ada yang ingat bertegur, ada yang melemparkan senyuman dibalas dengan senyuman. Ternyata kali ini berbeza, lebih panjang dari kali pertama. Saluran 6 bersama Aiman dan Aimyr. Sampai giliran saya, pegawai meminta I/C dan terus membaca dimuka surat pertama, antara 10 nama pertama dari Saluran 6, mungkin saya antara yang tertua di Saluran 6. Kali pertama mengundi di calit di tangan kiri (mungkin ‘ter’rosak undi, siapa tahu, harapnya tidak), kali ini lebih bersedia, terus saya hulur tangan kanan, pegawai seakan-akan terkesima, ” Cik tulis tangan apa?””Saya kidal kak,” lantas dicelupnya jari telunjuk kanan. Kertas undi ditangan terus ke kotak mengundi, hati-hati memangkah, saya pastikan semuanya seperti yang dibayangkan dalam otak. Lipat dan masukkan kedua-dua kertas undi di kotan DUN dan Parlimen. Alhamdulillah berjaya! Saya sudah mengundi. Selepas itu, giliran adik-adik pula, lain macam semangat. Terasa lama menunggu mereka berdua.

Ibu masih beratur, apa yang mengambil masa lama betul untuk diselesaikan. Maka, duduklah kami di kerusi kantin sementara menunggu ibu yang belum selesai mengundi. Di saat itu tibanya Elizabeth Wong di Pusat Mengundi. Wow, agaknya ini antara kawasan baru yang perlu dilawati dahulu. Sempat berborak kecil dan memgambil foto kenangan. Ini bukan perangai saya, tapi tak tahu kali ini, saya kenal ADUN yang bertanding di kawasan saya dan lebih berminat nak tangkap gambar kali ni. Ibu selesai, maka pulanglah kami ke rumah. Dalam perjalanan ibu bercerita, katanya kotak mengundi Parlimen dan DUN nampaknya tertukar labelnya. Nampaknya bukan sini saja, rupanya ada juga pusat mengundi yang sama kes. Ish. Undi sudah, sekarang hanya mampu menunggu selesai jam 5ptg. Nervous juga bila berita mengumumkan peratusan kurang dari sasaran yang sepatutnya.

Ada masa saya teringat kajian INOVKE yang mengatakan, PH boleh menang sekiranya 85% peratusan mengundi dicapai. Saya percaya kata Rafizi, tapi skeptikal apabila mengatakan PAS akan hilang undi, kerna pada hemat saya PAS agak kuat di Pantai Timur. Ah itu sekadar intuisi rasa. Tapi intuisi saya tak pernah salah.

Jam 7ptg, sudah ada keputusan tidak rasmi (Terima kasih MalaysiaKini) Warisan memenangi beberapa kawasan di Sabah, dan lebih terdetik dan kuat intuisi pagi tadi. PH boleh menang, ke Putrajayalah mereka. Dalam twitter, ada yang skeptikal awal-awal sudah menyatakan BN akan menang..tapi tidak saya. Ada ura-ura diberita yang menyatakan kemenangan BN 2/3 itu boleh. Yang ini saya sangkal, apa mereka lupa Melaka dan Negeri Sembilan hampir tewas ke Pakatan Rakyat dalam PRU13. Johor Sarawak juga berjaya ditembusi. Mengapa terlalu buta mereka ni? Pelik. Out-of-touch ke BN punya team ni?

Tidak saya sentuh twitter, banyak lebih menonton keputusan tidak rasmi hingga ke 6 pagi esoknya. Bak kata Aiman, tak boleh tidur, nanti esok takut BN menang? HAHAHA okay betul juga! Menonton Awani dan keputusan di MalaysiaKini. TV3 tak payahlah, sebab ada pensyarah dan pengulas yang buta seperti BN. Di Awani, lewat 2pagi Karim Raslan menggila dikaca tv. EC should resign! Yes, I agreed. Tak pernah PRU yang umum lewat sampai 4pagi. Selalu pukul 10mlm dah tahu negeri mana bentuk kerajaan. Macam-macam cerita teori boleh dibaca ketika ini. Tun M dua kali membuat sidang media yang PH telah memenangi cukup kerusi bagi membentuk kerajaan. Saya setia menonton.

Akhirnya benar! Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan secara teorinya..atas kertas memang tiada parti yang memenangi majoriti, tetapi kerusi yang ditanding PH, dicampur Warisan dan DAP Sarawak berjaya mengurangkan majoriti BN untuk membentuk kerajaan.

Satu sejarah buat MALAYSIA! Kita bertukar kerajaan setelah 61 tahun..dan kita tumpuan dunia ketika ini. Menjadi negara Asia Tenggara yang diluar komposisi politik norma, yang mana Thailand dengan junta, Myanmar, Vietnam apatah lagi, Kemboja parti politik Hun Sen yang terus mencengkam, Brunei dengan Monarki, Singapura pimpinan PAP dan Indonesia. Di saat politik Asis Tenggara yang tidak menentu, Malaysia menjadi contoh demokrasi dunia. Antara cerita demokrasi yang berjaya, tanpa pertumpahan darah, tanpa pertelingkahan dan keakuran kepimpinan terdahulu bagi menerima keputusan rakyat yang terang dan jelas mahukan perubahan bukan sahaja dari segi kepimpinan, malah hala tuju negara, sistem dan institusi yang memerlukan idealisma dan dinamik baru. Ini Malaysia Baru!

Saya pasti dunia lebih memandang Malaysia dengan satu persepsi baru, terus berbanggalah menjadi rakyat Malaysia.

Tahniah rakyat Malaysia. Mari bersama-sama membina harapan baru untuk Malaysia!

p.s Semangat baru ini saya ukirkan dalam tulisan saya. Kena rajin menulis seperti Mahathir; rajin membaca seperti Mahathir. Itu saya praktikkan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s